Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Penaungan adalah kedua-dua JKK serta Penduduk Kampung
Nama Syarikat : BENS MAJU SERVICES
Alamat : Bt 22 Jln Chembong, Kg Bukit Senggeh, Selandar Melaka.
Telah beroperasi dari bulan Ogos 20176 dengan hanya trail lama. Apabila ada peserta yang mengatakan trail tersebut kurang memuaskan, maka kami telah merintis dipelusuk bukit untuk mendapatkan trail yang lagi mencabar dan kami berjaya menemui Gua batu granite atau batu tindih. Trail tersebut adalah trail 2.
Trail 2 adalah laluan menuju ke Bukit Batu 3. Perjalanan hampir 6 jam menyikut kemampuan peserta. Antara tempat menarik adalah view BEKAS LOMBONG yang memukau setiap peserta. Kemudian peserta akan masuk Gua Akar 3 dan akan berehat di RnR AVATA. Cabaran seterusnya adalah mendaki bukit hampir 1 jam untuk sampai dibase kem untuk rehat 5 minit. Kemudian meneruskan pendakian hingga ke puncak Bukit Batu Tiga dengan ketiggian 411m dari aras laut.
Trail 3 menyusul dengan misi menawan 3 puncak bukit iaitu BUKIT BATU HAMPA, BUKIT BATU LEBAH dan BUKIT BATU ASAHAN. Anggaran masa 6 jam mengikut kemampuan peserta dengan jarak hampir 5 km ketinggian 431m dari aras laut
Antara cabaran peserta adalah mendaki hingga ketiga-tiga puncak kemudian peserta akan turun dan akan disajikan keindahan alam flora serta objek batu-batu termasuk yang berbentuk IRON MAN. Sekiranya anda bernasib baik anda akan mendengar sayap burung enggang yang bertebangan. Pit stop untuk minum atau mkn serta solat di water point. Cabaran seterusnya peserta akan caving dan terus ke kem...
.