Antara keunikan Bekas Lombong Pasir, Batu Granite dan tumbuhan di Hutan Rekreasi Bukit Batu lebah...
Kehijauan air berlatabelakangkan Bukit Tanpa Nama dan Bukit Batu Tiga menambahkan lagi keindahan Ciptaan Yang Maha Esa
Batu Granite Berbentuk kepala Kura-Kura, Kepala Gajah, Tanjak, Ikan Lumba-Lumba, Batu Senyum, Kepala Iron Man, Kepala Buaya, Kepala Ular Tedong dan macam-macam lagi...
Keunikkan tumbuahan juga menarik antaranya pokok Ara yang 5 tumbuh betul-betul diatas timbunan batu... cukup gah...
Saya sediakan beberapa photo untuk anda nilaikan adakah benar apa yang saya tuliskan....
BUKIT BATU LEBAH...
Khamis, 20 April 2017
Bukit Batu Lebah
Jumaat, 24 Mac 2017
Pengenalan pengusaha Hutan Lipur Bukit Batu Lebah
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Penaungan adalah kedua-dua JKK serta Penduduk Kampung
Nama Syarikat : BENS MAJU SERVICES
Alamat : Bt 22 Jln Chembong, Kg Bukit Senggeh, Selandar Melaka.
Telah beroperasi dari bulan Ogos 20176 dengan hanya trail lama. Apabila ada peserta yang mengatakan trail tersebut kurang memuaskan, maka kami telah merintis dipelusuk bukit untuk mendapatkan trail yang lagi mencabar dan kami berjaya menemui Gua batu granite atau batu tindih. Trail tersebut adalah trail 2.
Trail 2 adalah laluan menuju ke Bukit Batu 3. Perjalanan hampir 6 jam menyikut kemampuan peserta. Antara tempat menarik adalah view BEKAS LOMBONG yang memukau setiap peserta. Kemudian peserta akan masuk Gua Akar 3 dan akan berehat di RnR AVATA. Cabaran seterusnya adalah mendaki bukit hampir 1 jam untuk sampai dibase kem untuk rehat 5 minit. Kemudian meneruskan pendakian hingga ke puncak Bukit Batu Tiga dengan ketiggian 411m dari aras laut.
Trail 3 menyusul dengan misi menawan 3 puncak bukit iaitu BUKIT BATU HAMPA, BUKIT BATU LEBAH dan BUKIT BATU ASAHAN. Anggaran masa 6 jam mengikut kemampuan peserta dengan jarak hampir 5 km ketinggian 431m dari aras laut
Antara cabaran peserta adalah mendaki hingga ketiga-tiga puncak kemudian peserta akan turun dan akan disajikan keindahan alam flora serta objek batu-batu termasuk yang berbentuk IRON MAN. Sekiranya anda bernasib baik anda akan mendengar sayap burung enggang yang bertebangan. Pit stop untuk minum atau mkn serta solat di water point. Cabaran seterusnya peserta akan caving dan terus ke kem...
.